Sejarah Sekolah

Kedudukan Ladang Kemedak, Ladang Mungka, Ladang Palong, Ladang Bukit Bujang, Ladang Spang Loi, Kilang Kelapa Sawit Palong Cocoa dan juga Kilang Sawit Bukit Bujang terletak di pendalaman, ditambah pula ketiadaan sekolah telah menyukarkan anak-anak penduduk setempat untuk bersekolah. Sekolah yang berhampiran pula terletak lebih kurang 20 km dari penempatan penduduk ladang-ladang tersebut.

Kesulitan yang timbul ini menyebabkan pihak pengurusan ladang dan kilang berkenaan bersepakat memohon kepada pihak kerajaan bagi membina sebuah sekolah rendah di kawasan perladangan ini. Harapan mereka, dengan terbinanya sekolah di sini akan menyebabkan lebih ramai pekerja tempatan akan bekerja di ladang-ladang berkenaan selain memberi kemudahan kepada anak-anak penduduk sedia ada.

Pihak pengurusan Ladang Kemedak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah seluas 10.128 ekar kepada kerajaan untuk pembinaan sekolah tersebut. Pada 16 September 1997 pihak ladang dengan rasminya menyerahkan Lot 7992 kepada kerajaan. sebagai balasannya pihak kerajaan melalui Pejabat Tanah Daerah Segamat telah menyerahkan wang pampasan sebanyak RM119 530 kepada Ladang Kemedak.

Kerja pembinaan sekolah mula dijalankan pada tahun 2000 dan siapa sepenuhnya pada akhir tahun 2001. Pada 2002 sekolah ini telah mula beroperasi dengan rasmi dengan jumlah pelajar seramai 150 orang dan guru seramai 20 orang.2015308093214

Leave a comment